11 Laman Utama Sebagai Sumber Berita Palestin Anda

Apakah masalah paling besar dihadapi umat di dalam isu Palestin?

Masalah paling besar ialah bagi majoriti umat, isu Palestin dibina berasaskan sentimen rasa bukan sentimen ilmu.

Apa maknanya?

Maknanya nama Palestin hanya akan bergema apabila ada darah yang tumpah, apabila Masjid Al-Aqsa hendak diroboh atau apabila ada syuhada’ yang terkorban.

Solusi kepada masalah ini ialah dengan membaca dan mengkaji.

Dengan membaca, isu Palestin akan dijiwai sebagai isu ‘evergreen’ dan berlarutan sepanjang zaman.

Dengan membaca, isu Palestin akan didokong sepanjang masa sehinggalah semboyan ditiup dan Al-Aqsa dimasuki semula.

Dengan membaca, kisah Palestin bukan setakat filem hero mujahid Briged Izzuddin Al-Qassam atau perarakan setahun sekali.

Justeru, bacalah. Kami lampirkan 11 laman berita untuk kalian ‘bookmark’ dan belek setiap hari, agar isu Palestin menjadi sebati, agar kita mengerti, pembebasan Al-Aqsa adalah solusi.

Sambil membaca, apa kata kalian bantu kami mewujudkan sumber berita Palestin pertama di dalam Bahasa Melayu, melalui projek Bilik Berita Palestin?

Sebanyak RM30,000 diperlukan untuk merealisasikannya pada awal tahun 2018.

Sumbang ke Maybank 5648 1050 7826 atas nama NGO Persatuan Cinta Gaza Malaysia, dan whatsapp ke Nadir Al-Nuri di Gaza di +60197095092 untuk info lanjut.

11 laman yang dikongsikan di dalam video :

  1. aljazeera.com

  2. english.palinfo.com

  3. alray.ps/en

  4. english.wafa.ps

  5. felesteen.ps (Bahasa Arab)

  6. paltoday.ps (Bahasa Arab)

  7. middleeastmonitor.com

  8. FB : fromgazawiflove (Bahasa Melayu)

  9. shehab.ps (Bahasa Arab)

  10. english.alwatanvoice.com

  11. safa.ps (Bahasa Arab)

Boleh tolong kongsikan tak?

#jerusalemisthecapitalofpalestine

#alqudsibukotapalestin

Nadir Al-Nuri di Gaza

Advertisements