Search

pasak istiqomah!

فاستقم كما أمرت

Category

mOnOLog

Tutuplah aib saudaramu..

Kalam hikmah “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

وَمَنْ سَتَرَ عَلَى مُسْلِمٍ فِي الدُّنْيَا سَتَرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

“Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat” (Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).

#muhasabah

#deep

#bestrong

#staystrong

.

✅ Follow instagram DMPM

instagram.com/muslimatpas

.

🚀 Sebarkan seluas-luasnya….

.

✅ LIKE & SHARE facebook DMPM

https://www.facebook.com/dmppusat

Advertisements

Kongres Wanita Sejahtera 2017

🌷🌷 Wanita Insan Istimewa – Ustazah Norhafizah Musa 🌷🌷

SHAH ALAM, 18 November 2017 – Pendakwah tersohor, Ustazah Norhafizah Musa antara jemputan Kongres Wanita Sejahtera hari ini.

Beliau memulakan ucapan dengan membaca sepotong ayat dari Surah Al-Ahzab ayat 32:

‎يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا

Terjemahan:

“Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.”

Seterusnya, beliau menarik tumpuan penonton dengan mengajak semua kaum wanita menjadi insan istimewa dan berbeza dari wanita kebiasaannya mengikut acuan sebenar agama.

“Kita wanita patut ada sifat berbeza dari wanita lain. Kita perlu bertaqwa, sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan sentiasa mendasarkan landasan taqwa sebagai gaya hidup yang penuh barakah.

“Jadilah wanita yang berbeza dalam konteks dan acuan Islam yang penuh syumul. Sentiasa menerapkan amalan sunnah dan Islam secara total dalam kehidupan.

“Jadikan wanita yang unggul, anggun dan istimewa yakni bersendikan iman dan taqwa di dalam hati,” katanya penuh semangat.

Ustazah Norhafizah dalam masa sama berkata, kau wanita mestilah menjadikan taqwa sebagai indikator bagi setiap gerak perilaku, pemikiran, akhlak dan pekerti yang terpuji agar diri anda menjadi wanita yang cukup bernilai dan bakal menjadi bidadari syurga insyaallah.

Rata-rata peserta kongres tersentuh dengan perkongsian ustazah di Kongres Wanita Sejahtera. Personaliti dan penampilan wanita perlu sentiasa dijaga dan identiti wanita sejahtera agar golongan wanita ini dapat memberikan impak kepada generasi yang akan datang.

Meneruskan pengisian, Ustazah Norhafizah turut menekankan mengenai ancaman pemikiran terpesong yang semakin berleluasa hari ini.

“Ancaman daripada liberalisme, sekularisme serta bahana media sosial yang bejat kini perlu dibendung dan diawasi agar kita tidak terbabas dan tergelincir daripada landasan ke lembah maksiat dan tersasar dari Islam,” tegasnya.

Di akhir bicara, Ustazah menitipkan 10 peribadi muslim unggul antaranya akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, mampu bekerja, berpengetahuan luas, tersusun terancang dan sebagainya. Wanita seharusnya menjadikan 10 pesanan Imam Hassan al Banna ini sebagai peribadi pembinaan muslim yang unggul lagi hebat sebagai peta kehidupan.

👍Like & Share Laman MyHawa

https://www.facebook.com/MyHawa.Malaysia/

#kongreswanitasejahtera

#KWS2017

#wanita

Back to school: Nisa’ Malaysia

Erti Memberi Dengan Kasih Sayang

Nisa’ Malaysia mahu meraikan 1000 orang anak yatim & faqir miskin dengan membeli barang-barang persekolahan sesi 2018 bermula 25 Nov- 31 Dis 2017 di seluruh Malaysia.

Kos keseluruhan bagi projek ini melebihi RM 100,000. Kami masih berusaha untuk mengumpulkan dana ini agar kanak-kanak yang bakal menerima hadiah ini mampu ke sekolah dengan pelbagai barang yang baru.

Anda kenal yang sudi dan mahu berkongsi kegembiraan ini?

Share dan sebarkan hebahan ini seluas mungkin. Semoga anda juga beroleh kebaikan darinya. Amin!

https://www.nisamalaysia.org/2017/11/04/memohon-sumbangan-i-love-school-nisa-malaysia/

#nisaMalaysia

#school

#love

#sharingiscaring

Move On!

Syahid Hasan Al Banna

.

“Dakwah ini tidak mengenal sikap ganda. Ia hanya mengenal satu sikap totalitas. Siapa yang bersedia untuk itu, maka ia harus hidup bersama da’wah dan da’wah pun melebur dalam dirinya. Sebaliknya, barangsiapa yang lemah dalam memikul beban ini, ia terhalang dari pahala besar mujahid dan tertinggal besama orang-orang yang duduk. Lalu Allah SWT akan mengganti mereka dengan generasi lain yang lebih baik dan lebih sanggup memikul beban da’wah ini…”

.

#notadiri

#muhasabah

#moveon

#bestrong

#staystrong

#mujahidah

.

✅ Follow instagram DMPM

instagram.com/muslimatpas

.

🚀 Sebarkan seluas-luasnya….

.

✅ LIKE & SHARE facebook DMPM

https://www.facebook.com/dmppusat

Up ↑